Penantian selama 3 tahun akhirnya Allah memakbulkan doa kami suami isteri.
Kami dikurniakan anugerah yang paling istimewa iaitu insan yang bernama Miqhael Muhammad Damien. Lahir pada 19 Oktober, jam lebih kurang pada pukul 5.10petang di Hospital Serdang.
Kelahiran putera sulong kami ini memberikan kami sejuta perasaan yang tak dapat kami gambarkan ketika itu. Hanya Allah swt yang maha mengetahui segalanya.
Alhamdulillah, Damien dilahirkan secara normal. Tempoh Ayumi berada di dalam Labour Room tak sampai setengah jam sebelum bersalin.
Selepas doktor pecahkan air tetuban Ayumi, selang 10 minit Ayumi dah mula ada tanda2 nak bersalin. Ketika itu juga pintu rahim terbuka dengan cepat.
Dari 3cm pada awalnya, telah terbuka 10cm dalam masa 15minit.
Subhanallah... Pada mulanya memang tak percaya bila nurse kata Ayumi dah open 10 cm & boleh teran kalau terasa dah nak bersalin.
Bruce ketika tu juga seolah2 terkejut & masih berada dalam lamunan terhenti seketika.
Perkataan pertama yang keluar dari mulut Bruce ketika itu ialah;
'Ummy dah boleh teran. Teran Ummy..'
Ya Allah, bertuah punya suami. Tak menyempat2 suruh isteri dia teran.
Alhamdulillah, selepas 15 ke 20 minit Ayumi selamat melahirkan Damien.
Ketika tu hujan lebat sangat kat luar.Dikesempatan itu beribu doa yang diharapkan.
Segala sakit perih nak bersalin masa tu hilang sekelip mata bila melihat wajah Damien.
Yang paling menyentuh perasaan bila Bruce azankan Damien.
Indahnya perasaan ketika itu.
Syukur Alhamdulillah atas kurniaan ini ya Allah.
0 comments:
Post a Comment