Followers
Wednesday, 23 October 2013
Petua Damien Tidur Lena
Selalunya orang lain akan tulis entry bertajuk 'Petua Bayi Tidur Lena'.
Tapi Ayumi wat entry bertajuk 'Petua Damien Tidur Lena'.
Tajuk diberi berdasarkan petua yang Ayumi praktiskan kepada Damien.
Sebab tak semua petua yang ada mujarab. Ikut keadaan & keselesaan bayi itu sendiri
Macam Damien, kalau nak bagi dia tidur lena, Ayumi akan pastikan beberapa perkara wajib perlu dilaksanakan. Terdapat perbezaan antara Tidur pada waktu siang & malam.
Untuk memberikan keselesaan ketika tidur, Ayumi akan selalu pastikan;
1) Mandikan Damien - Kalau waktu malam mandikan dengan air suam. Masa siang air sejuk sudah. ;)
2) Pastikan perut & tapak kaki di sapu dengan minyak yuyi supaya tidak ada kembung perut.
3) Pastikan tiada kesan2 ruam lampin & ruam di badan. Sekiranya terdapat ruam pada badan Damien, Ayumi akan pastikan ruam2 disapu dengan cream & bedak bagi mengelakkan Damien rasa gatal & kurang selesa. Pastikan juga lampin tak basah.
4) Memakaikan Damien dengan pakaian yang selesa. Material pakaian amat dititik beratkan. Ini kerana pakaian juga membantu Damien tidur dengan lena.
5) Tempat tidur yang selesa. Material kain yang sejuk untuk kain cadar tilam & bantal juga amat membantu untuk tidur lena. So, ini juga harus dititik beratkan. Kadang2 pantang tengok kain cantik jer kita buat sarung tilam & bantal baby.
6) Keadaan suhu bilik. Pastikan tidak terlalu sejuk & panas. Kalau macam Damien dia memang tak suka pakai selimut sampai lah sekarang. Kalau pakai kompom dia tendang2 selimut tu. Jadi dengan suhu bilik yang tak terlalu sejuk & panas sesuai bebenorlah untuk Damien tidur tanpa selimut.
7) Perut mesti mau kenyang lor. Selepas kesemua di atas telah dilaksanakan, hidangan susu suam untuk Damien. Bila perut kenyang, mata pun kompom mengantok.
8) Yang nie faveret Damien. Tidur pasang Surah Ruqyah & Lullaby Song. Kadang2 kalau Ayumi susah nak tidur malam pun Ayumi akan pasang Lullaby Song nie. Kompom mengantok . Tak payah wat macam Mr Bean kira kambing banyak2. Hehehe..
Try ler..!!
9) Urutan perlahan pada badan Damien juga Ayumi akan lakukan sebelum dia tidur. Sebab anak2 nie kalau dah penat bermain kompom badan lenguh. Mereka pun macam kita jugak. Bila kene urut sudah tentu rasa selesa. Jadi rajin2 lah wat urutan pada anak2 anda.
10) Tidur berbuai atau bertepuk. Salah satu altenatif supaya Damien tidur lena.
Ok... nie petua Ayumi wat kat Damien supaya dia tidur lena.
Mungkin cara anda berbeza dengan Ayumi. Cuma di disini Ayumi berkongsi & bertukar2 pendapat serta petua yang ada. :0
Labels:
Petua untuk bayi
Tidur Berbuai juga akhirnya
Dulu sebelum Ayumi lahirkan Damien, Ayumi banyaklah minta nasihat, petua pasal baby nie. Macam2 lah cara dorang membesarkan anak masing2.
So, yang mana boleh ikut Ayumi ikut lah. Mana yang tak boleh pakai, sekadar dengar jer lah. Ada satu pengalaman kawan nie dia tak pernah tidurkan ke tiga2 anak dia dalam buaian. Dia kata, dia training anak dia sejak dari lahir lagi.
So bila bawak anak dia balik kampung atau jalan2 bercuti senang.
Tak payah bawak buaian ke sana sini.
Ayumi pun masa tu teruja juga ngan petua dia tu.
So macam bertekad jugaklah nak buat perkara yang sama kat Damien.
Tapi harapan itu musnah sama sekali apabila Damien sering saja terjaga ketika tidur.
Ianya telah menyebabkan Ayumi tidak boleh membuat kerja2 rumah termasuklah memasak. Hadoii.. ianya memang tidak boleh dibiarkan. Sekiranya ia dibiarkan maka rumah akan menjadi tongkang pecah.
Nak tak nak, terpaksa juga tidurkan Damien pakai buaian. Bruce kata lupakan jer lah untuk tidurkan Damien di tilam. Nanti daddy belikan buaian Damien.
Esoknya memang betul Bruce beli buaian Damien. Siap pengenjut buai elektrik lagi.
Hah, perli ker apa tue? Bruce kata ok daddy dah belikan buaian Damien siap package pengenjut buaian elektrik. Suka tak?
Gila tak suka. Opkos suka giler.
Bukan main seronok lah Damien tidor. Lena tidornya sampai ummy blander bawang pun tak bangun yer. Memang senang woo ada buaian nie.
Tak percaya cubalah.. Hehehe..
Petua : Kembung Perut & Sembelit pada Bayi
Bagi yang 1st time ada baby mesti kita akan runsing bila baby kita menangis setiap malam akibat kembung perut. Dulu masa Damien baru lahir pun sama. setiap malam dia akan menangis akibat kembung perut.
Jenuh juga google petua kat internet. Ada yang kata suruh baby tidur meniarap.
Letak minyak yuyi kat perut & tapak kaki. Ada yang suruh tuam perut pastu letak daun sirih atas perut & macam2 lagi lah.
Kebetulan satu malam Damien meragam sangat, Bruce call mama dia.
So, MIL kata suruh beli 'WoodWards Gripe Water' & bagi Damien minum.
Nasib baik lah 7Eleven depan rumah. Tengah2 malam Bruce keluar mencari.
Alhamdulillah dapat jugak malam tu.
Lepas bagi Damien minum ikut sukatannya, baru lah dia lena tidor.
So, lepas tu setiap malam sebelum nak tidur memang Ayumi akan bagi Damien minum Gripe Water nie. Kalau tak mmeraung lah dia setiap malam.
Gripe Water ni elok jugak untuk baby/kanak2 yang ada masalah sembelit.
Insyallah. ;)
Jadi kepada ibu2 yang bekerja, untuk elakkan dari berjaga malam disebabkan baby anda kembung perut, cubalah petua nie. Mana tahu ia boleh membantu anda.
Labels:
Petua untuk bayi
Tuesday, 22 October 2013
1st Time bawa Damien shopping lepas pantang.
Yeyy.. Excited gila sebab 1st time bawak Damien pergi shopping kat Mid Valley.
Kebetulan masa ni Jusco kat Mid nie ada buat JCard Day.
Memang shopping baju Damien jer pun. Sekarang ni nak shopping baju sendiri dah tak heran dah. ;)
Selepas berasak2 dalam segerombollan orang yang ramai nak menyopping tu,
sebelum balik singgah makan jap.
Bruce plak teringin nak makan bubur pulut hitam.
So, layankan sekejap Bruce makan.
Daddy & ummy sedap melayan makanan yang ada.
Damien plak nyenyak tidur dari tadi.
Baik kami makan cepat2 sebelum Damien bangun.
Taraaa.. Kan dah bangun si tecik nie.
Gamat Mid Valley nie dibuatnya. Orang baru 1st time keluar jalan2.
Terkejut yer Damien. Selalu duduk rumah 3 orang jer.
Nie kat luar ramainya orang.
Setelah dipujuk, maka Damien redha dengan keadaan sekeliling. Hahaha..
Tak apa, 1st time keluar memang macam tu sayang.
Lepas nie dah ok. Pastu kita try tengok wayang bawa Damien plak yer.
Macam manalah agaknya. ;)
Labels:
#throwback,
2months++,
midvalley
Majlis Aqiqah & Cukur Jambul
Ini gambar2 di Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Miqhael Muhammad Damien pada Hari Raya Aidiladha dua tahun lepas iaitu pada 2011.
Majlis ini diadakan di rumah mertua Ayumi di Kundang, Sg.Buloh.
So, kiranya lepas Ayumi keluar hospital terus berpantang di rumah mertua.
Sebab mertua Ayumi memang berhajat nak buat majlis aqiqah & cukur jambul Damien pada Hari Raya Aidiladha.
Masa majlis berlangsung, Ayumi masih lagi dalam berpantang. Kalau tak silap Ayumi baru 10 hari rasanya. So, tak dapatlah Ayumi nak excited sangat mendeko masa tu.
Perasaan frust tu ada jugak lah. Sebab masih berpantangkan. Tapi Ayumi dapat jugak deko pelamin Damien . Itu pun puas kene marah dengan mak mertua. ;)
Kalau tak silap Ayumi masa nie keluarga mertua Ayumi qurban 3 ekor lembu & 1 ekor kambing. Sebab keluarga besar Bruce join sekali buat kat rumah mertua.
So, masa tu yang agak meriah sebab hampir ke semua famili datang termasuk yang berada di Singapore pun turun beramai2.
Gambar atas sebelah Ayumi tu ialah my Mom In Law (MIL).
Mama kepada En Husband kiter lah. hehehe..
Yang berbaju melayu colour peach /oren tu lah Mr Bruce kiter.
Sibuk melayan makcik2 marhaban nie katernya.
Nasiblah famili mertua pakai catering masa nie. Kalau tak masing2 tak bernyawa jawabnya. Cuma masak2 biasa untuk sedara mara tu adalah.
Ayumi masa nie kan tengah berpantang, so, duduk dalam bilik diam2 jaga Damien. hehehe.. Untung badan yer. ;)
Ayumi masa nie kan tengah berpantang, so, duduk dalam bilik diam2 jaga Damien. hehehe.. Untung badan yer. ;)
Kalau nak tahu, Bruce nie memang sangat takut nak pegang Damien masa baru lahir. Dia kata Damien lembik lagi. Daddy takut patah. Hehehehe..
Kelakar pun ada bila dengar dia cakap macam tu. Bruce tak pernah pegang baby baru lahir sebelum nie. Jadi nak tak nak bila anak sendiri kene lah belajar.
Kemeriahan sangat terserlah bila Ayumi tengok gambar2 sepanjang majlis nie.
Walaupun Ayumi duduk dalam bilik jer. Tapi bila kedengaran suara gelak tawa kat luar, Ayumi dapat merasakannya sekali.
Bila dah berjumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. Ditambah pula dengan orang2 kampung yang datang, memang sangat2 meriah.
Jeng2... berbaju kurung biru dan bam2 tu lah saya, Ayumi. Hehehehe..
Ayumi & Damien
Biasalah masa pregnant makan tak ingat. Semua makanan depan mata amat2lah menyelerakan. Masa pregnant kan Damien, Ayumi tak ada alahan, alhamdulillah.
Tu yang pantang tengok iklan makan kat tv terus jadi teringin.
Bila tak kawal, nah hamik berat badan cecah 80kg masa pregnant.
Inilah wajah kesayangan Ayumi & Bruce.
Miqhael Muhammad Damien.
Nama diberi atas maksud yang tersendiri. Insyallah, semoga nama ini dapat memberikan seribu satu keistimewaan kepadanya. Amin.
Damien iku muka sapa yer?
Ramai yang kata ikut muka daddy dia. Oklah tu kan. Dah memang anak dia.
Kalau ikut muka Brad Pitt kang lain pulak ceritanya. Hehehe..
Terima Kasih ya Allah, di atas kurniaan mu ini.
Kau telah perkenankan doa hambamu ini, alhamdulillah. ;)
Labels:
#kundang,
#throwback
Lahirnya Insan bernama Miqhael Muhammad Damien
Penantian selama 3 tahun akhirnya Allah memakbulkan doa kami suami isteri.
Kami dikurniakan anugerah yang paling istimewa iaitu insan yang bernama Miqhael Muhammad Damien. Lahir pada 19 Oktober, jam lebih kurang pada pukul 5.10petang di Hospital Serdang.
Kelahiran putera sulong kami ini memberikan kami sejuta perasaan yang tak dapat kami gambarkan ketika itu. Hanya Allah swt yang maha mengetahui segalanya.
Alhamdulillah, Damien dilahirkan secara normal. Tempoh Ayumi berada di dalam Labour Room tak sampai setengah jam sebelum bersalin.
Selepas doktor pecahkan air tetuban Ayumi, selang 10 minit Ayumi dah mula ada tanda2 nak bersalin. Ketika itu juga pintu rahim terbuka dengan cepat.
Dari 3cm pada awalnya, telah terbuka 10cm dalam masa 15minit.
Subhanallah... Pada mulanya memang tak percaya bila nurse kata Ayumi dah open 10 cm & boleh teran kalau terasa dah nak bersalin.
Bruce ketika tu juga seolah2 terkejut & masih berada dalam lamunan terhenti seketika.
Perkataan pertama yang keluar dari mulut Bruce ketika itu ialah;
'Ummy dah boleh teran. Teran Ummy..'
Ya Allah, bertuah punya suami. Tak menyempat2 suruh isteri dia teran.
Alhamdulillah, selepas 15 ke 20 minit Ayumi selamat melahirkan Damien.
Ketika tu hujan lebat sangat kat luar.Dikesempatan itu beribu doa yang diharapkan.
Segala sakit perih nak bersalin masa tu hilang sekelip mata bila melihat wajah Damien.
Yang paling menyentuh perasaan bila Bruce azankan Damien.
Indahnya perasaan ketika itu.
Syukur Alhamdulillah atas kurniaan ini ya Allah.
Bruce Familia in The House
Assalamualaikum & Hello Bloggers.
Welcome to The Story of Bruce Familia.
Untuk pengetahuan bloggerz, blog ini adalah mengenai kisah keluarga kami.
Cerita ringkas mengenai Bruce Familia ;
BRUCE SAMUEL
1. Bruce merupakan 'Tuan Tanah Kedaung' bagi ini cerita.
2. 'Ketua Keluarga' bagi ini famili.
3. Suami kepada seorang isteri. (itu penting)
4. Daddy kepada 2 orang anak.
AYUMI
1. Merupakan 'Wife' kepada Mr Bruce.
2. Mummy kepada anak2 Mr Bruce.
3. Yang bertanggungjawab mengupdate blog ini.
4. Housewife sepenuh masa.
(Jaga suami & anak2 dah cukup mencabar. Jadi dah tak perlukan kerja lain.)
ANAK2 BRUCE & AYUMI
1st - Siti Aisyah (meninggal dunia selepas 1hari dilahirkan)
Tarikh Lahir : 28 November 2009
2nd - Miqhael Muhammad Damien
Tarikh Lahir : 19 October 2011
Mesti ada yang tertanya2 kisah arwah anak sulong kami.
Insyallah, kami akan update di entry yang seterusnya.
Terima Kasih daun keladi,
Jangan lupa jenguk kami lagi. ;)
http://brucefamilia.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)