Followers

Tuesday, 17 December 2013

Hazim Wedding


Gambar kenangan sewaktu Hazim kawan sekelas Ayumi masa sekolah menengah kawin. Kalau tak silap nie masa tahun 2012. Majlis nie diadakan di Dewan Putraperdana. Masa tue Ayumi pergi dengan family & kawan2 rapat Ayumi.
Hazim nie ada abang kembar nama Haziq.Abang dia dah kawen dulu. So dia baru menyusul kemudian. Sekarang nie kalau tak silap wife dia ngah sarat mengandung anak sulong. 


Damien walaupun belum boleh makan kenduri, tapi Ummy dah sediakan Damien minum susu. Hehehehe... Tapi sekarang nie dia dah 2 tahun, habis semua makanan dia nak. Pantang tengok orang lain makan dia pun nak jugak.
Bila tengok gambar Damien masa kecik2 nie rindu plak. Dah besar nie lain plak perangai & ragam dia. 


Alor2 nerd giler muka paksu time nie. Muka masa sekolah yer. Sekarang paksu baru abis SPM 2013. Nie baru start keje kat wayang Golden Cinema nak isi masa lapang katanya sebelum keluar result. Ok ler dari dok rumah takde wat apa2.
Daddy Damien macam biasa lah rambut Always Terpacak dari masa mula kenal sampai lah dah beranak dua. huhuhu...


Inilah kawan rapat Ayumi. Nama dia Eijant a.k.a Norizan Che Mat.
Alhamdulillah sampai sekarang masih bersama. Nie lah juga kawan sebelah meja dalam kelas akaun. Dulu eijant nie terkenal kat sekolah disebabkan selalu bawa kokulator besau2 dalam kelas. Siap ada bunyi2 lagi.
Tapi dengan berkat kokulator besau2 dia, now dia dah jd akauntan. Alhammdulillah..


Yang nie pun pengantin baru juga masa tue. Sekarang nie dah xde baru lah. Pengantin lama dah. Izza nie kawan rapat Ayumi yang paling lama. Kami satu tadika dulu kat seksyen 24 Shah Alam. Sampai sekarang juga alhamdulillah masih bersama.
Sebenarnya betul2 tak sangka Izza bertemu jodoh ngan Faiz nie. Sebab Faiz nie kawan sekelas Ayumi & Eijant. Walaupun Izza satu sekolah ngan kami tapi berlainan kelas lar. Kisah percintaan dorang nie memang menarik giler. Nak citer panjang lah pulak.
Jodoh, Rezeki, Ajal Maut semua ditangan Allah. Siapa kita untuk menidakkannya.


Family Dinner at Old Town White Coffee








Photoshot Profile Damien




Usia 4 bulan dah pandai nak duduk sendiri



Gambar kat atas nie semasa Damien baru jer masuk usia 4 bulan.
Badan Damien memang cepat keras & dapat dikenalpasti sewaktu usianya 3 bulan apabila dia berusaha nak bangun sendiri dengan mengangkat kepalanya.
Nanti Ayumi akan share video Damien yang berusaha mengangkat kepalanya untuk bangun.  ;)

Walaupun ketika nie badannya mampu untuk duduk tp tidaklah stabil lagi. Masih perlu di support dengan bantal. So bila dah pandai nak duduk macam nie, daddy dia mula lah sibuk nak membeli walker untuk anak dia. Teringat pula kisah masa nak beli barang2 Damien masa ngah preggy. Sepatutnya sibuk nak membeli baju2 & keperluan baby sewaktu kelahiran. Tapi daddy dia sibuk nak beli walker baby plak. Damien pun xkuar lagi masa tue. Dah sibuk nak beli walker. Haishh.... 

Nasiblah ditegah kat situ jugak. Kalau dibiarkan suruh shopping sorang2 beli barang baby, ntah apa barang agaknya yang dia beli. Yelah, walaupun Damien nie kelahiran anak kedua kami, tapi excited kami tetap seperti anak kelahiran pertama. Malah lebih teruja. Untuk kisah anak pertama kami, nanti Ayumi akan cerita untuk next episod. hehehehe...  ;)


"Umur saya dah masuk 4 bulan" - Damien







Sunday, 15 December 2013

New Motard Damien


Hoyee... Motor Motard Damien.
Thanks daddy coz upgrade kan motor Damien. Punyalah suka Damien bila daddy dia upgrade kan motor dia. Konon2 nya leh sama ngan motard daddy dia.
So, daddy dia pun tukar sticker motor lama kepada sticker2 motard gitu.
Perkataan yang pertama kuar dari mulut Damien "Thank U". Walaupun dengan perkataan thank u tu ala2 pelat, tapi ianya menjadi satu kebanggaan pada kami.

Malam tue tak lepas2 naik motard baru dia. Asik cakap "Acak a.k.a Pacak".
Memanjang tengok daddy dia training budak2 wat Freestlye & Supermotor. Jadi kehidupan Damien memang di selebungi dengan dunia permotoran.
Damien selalu ikut aksi daddy dia bawak motard. Kadang2 tu naik risau dibuatnya. Adakalanya sampai tersungkur & pecah mulut disebabkan melompat2 atas motord dia. Dah dilarang & marah tapi tetap nak buat jugak. Tak penah serik lah.


Tapi bila tengok Damien memang minat sukan nie. Cuma dia kecik lagi. Sebenarnya kami tak kisah pun dia minat sukan apa. Kami cuma bagi pendedahan & support. Andainya ini minat Damien, kami akan cuba lakukan yang terbaik untuknya. Kalau kat negara luar, anak2 mereka seusia 6 bulan dah diberi pendedahan sukan2 extreme. Cuma kita kat Malaysia nie belum lagi ke tahap itu.

Putrajaya - Hilangkan Bosan